About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, April 14, 2016

Sumayyah Demam & Rawatan Semulajadi

Assalamualaikum

Bulan lepas Sumayyah demam
Asalnya bangun subuh Isnin tu aku rasa badan dia dedor
Dedor ni orang kata badan macam suam2 gitu
Aku pun mula tanggalkan baju dia dan biarkan dia pakai CD je
Cek suhu 37.5...kalau ikutkan suhu untuk budak kira nak demam la tu
Jadi aku biarkan dia tak berbaju je untuk pagi tu
Aku tak mandikan dia awal pagi, hanya basahkan rambut dan lap2 badan dia

Aku nak share apa yang aku buat masa Sumayyah demam selesema tu
Aku praktik ilmu ni pun hasil dari perkongsian kawan2 yang suka berikhtiar dengan bahan2 semulajadi dan melalui pembacaan juga

Hari Pertama

Sepanjang pagi Isnin tu dia aktif je main macam biasa
Takde pun gaya macam orang demam
Tapi aku perasan hidung dia berair
Cecair tu jernih je macam air biasa dan tak pekat pun, hanya cair je
Jadi aku agak nak selesema sekali la ni kot

Pukul 10 pagi aku mula nak mandikan dia
Aku rasa kaki dan tangan dia panas, jadi aku mandikan dia dengan air paip biasa je
Kalau tangan dan kaki rasa sejuk, mandikan anak dengan air suam ye
Aku sediakan air dalam bath tub sebab nak rendamkan dia dalam air lemon
Nasib baik la aku baru top up lemon dalam peti ais
Lemon ni memang wajib ada kat rumah sejak ada anak kecik ni
Lemon ni bagus tau untuk budak demam, selesema dan batuk berkahak

Perihal LEMON
Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.
Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.
Nampak kan betapa hebatnya khasiat lemon ni
Bukan takat nak bagi badan slim melim buang angin lemak segala je tau

Ok balik pada kisah Sumayyah :)

Aku guna 2 biji lemon, belah 4 macam tu lepas tu perah jusnya dalam air
Semerbak bau lemon bilik air mak esah....wangi hoiii...tak payah pakai pewangi kimia tu haaaa
Lepas tu rendam la Sumayyah dalam tu
Kulit lemon yang dah perah tu usah buang pulak
Campak sekali dalam air tu
Sambil gosok anak sambil sapu kulit lemon kat kulit anak
Aku siap sapu kat rambut dia lagi
Maklumlah rambut Sumayyah lebat dan tebal
Kemain wangi rambut dia

Masa berendam ni aku panggil Alauddin sekali
Ajak berendam 2 beradik
Biar sama2 dapat manfaat dari lemon tu
Sambil2 tu mandikan macam biasa
Lepas mandi aku hanya pakaikan dia CD sahaja
Masa ni cek suhu masih lagi 37.5
Dan badan dia pun suam2 macam subuh tadi
Tengok dia aktif ja main aku takde la risau sangat
Aku cuma kerapkan menyusu, setiap setengah jam aku ajak dia menyusu
Kalau memang exclusive breastfeeding, paling utama kerapkan bagi anak susu
Selain khasiat dari susu ibu itu sendiri, perbuatan mengempeng, berpeluk, dan memerap sambil skin to skin dengan anak membantu mengawal penurunan suhu badan anak secara tidak langsung
Tu sebab kebiasaannya budak demam nak memerap je dengan maknya kan
Sebab sentuhan ibu dan anak tu menenangkan si anak
Jadi setiap kali menyusukan Sumayyah, memamg dia akan memerap dengan aku
Aishhh tapi Sumayyah kalau tak demam pun memang kaki merap...haha...manja puteri kayangan sorang ni

Bila hari makin petang, badan dia mula rasa panas
Aku pun cek suhu lagi udah 38 darjah celcius
Pukul 6 petang aku mandikan dengan air lemon lagi dan waktu berendam memang dia suka sangat
Aku takde la risau mana pun  sebab walaupun dia demam tapi dia aktif macam biasa termasuklah berak kencing dia

Selesai mandi aku mula sediakan minyak bawang putih
Cara dia ambil 2 biji bawang putih kemudian bakar atas api dengan kulit sekali
Sampai dia lembut dan tertanggal kulitnya, lenyek bawang putih tu atas piring bersama minyak kelapa dara atau minyak masak
Dah sebati tu boleh la buat sebagai minyak sapu
Sapu di sendi dan pelipat yang menyimpan haba macam siku dan celah siku, lutut dan celah lutut, ketiak dan juga bahagian dada depan dan belakang
Sambil sapu tu urut la perlahan lahan, baca Bismillah, selawat dan beberapa ayat Al-Quran yang korang hafal dan tahu manfaatnya
Rasa tenang je rasa sambil cium bau bawang putih tu
Kemain sedap baunya

Bawang putih ni memang banyak khasiat dia
Lagi bagus kalau dibuat ulam
Perghhhh memang sedap
Aku dah memang amalkan makan bawang putih buat ulam
Sekarang beli bawang putih sama banyak je dengan bawang besar sebab guna pun banyak juga

Ni ha aku selit sikit antara khasiat bawang putih
Bawang putih bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Sebab bawang putih adalah anti-bakteria dan antivirus jadi memang sesuai sangat lah untuk merawat demam, batuk dan selesema
Yang paling power rangers bawang putih ni untuk meningkatkan imuniti badan kita

Malam tu sumayyah tidur nyenyak ok takde masalah
Walaupun hidung dia berair, tapi tak ganggu pernafasan dia
Aku sediakan air dalam besen untuk jerlum kepala dia
Lepas tu buat wet socks
Sumayyah memang takdak stokin
Jadi aku amik sarung kaki masa baby tu aku basahkan dan sarung kat tapak kaki dia
Tujuan buat wet socks ni untuk bagi rasa panas dalam badan tu keluar melalui kaki yang basah tu
Aku tak buat garlic socks sebab takde stoking hahaha
Jadi fokus pada wet socks sahaja la
Menyusu tetap bagi sekerap yang boleh

Untuk merawat hidung berair tu aku ambil kunyit hidup sebesar 1 ruas ibu jari lepas tu buang kulit
Kemudian kikis kunyit tu kat anak lesung batu sampai keluar air
Calit kunyit hidup tu dari ubun2 anak sampai ke muncung hidung
Sebelum tu baca Bismillah,selawat dan doa usaha tu untuk penyembuhan penyakit anak
Lepas tu biar je kering

Hari Kedua

Selasa pagi suhunya masih dalam range 37.8-38.0
Aku masih lagi rendamkan dia dengan air rendaman lemon
Sumayyah tetap aktif bermain seperti biasa cuma ada ketika dia merengek nak memerap
Tapi dia lebih banyak menyusu dari biasa

Kenapa perlu kerap bagi susu ketika demam?
Ok aku cerita simple je la ye
Ni pun aku dapat dari seorang doktor pakar kanak kanak, aku inbox dia kat FB

Bila kita kerap susukan anak, anak akan kerap kencing dan lagi bagus kalau dia kerap berak
Panas dalam badan ni akan keluar melalui air kencing dan najis
Lagi bagus kalau najis anak cair dari keras sebab tanda anak lawas membuang walaupun tengah demam
Kalau anak muntah jangan takut
Itu normal bila anak demam, dan bagus juga dia muntah sebab panas dalam tu keluar melalui muntah dia

Dalam 1 hari Sumayyah akan muntah 2 kali, of course la yang keluar tu susu kan sebab Sumayyah belum lagi makan secara serius
Dan setiap kali muntah, aku memang perasan muntah tu panas
Setiap kali selepas muntah, dia akan rasa selesa dan jadi lebih aktif
Suhu pun akan mula turun sikit selepas muntah
Bab berak pula sumayyah memang kerap berak
Masa demam ni memang banyak la guna CD
Dan najis dia pun lebih cair dari biasa, so aku tak risau mana

Tengah hari tu aku buat sup bawang putih, nak suap kat sumayyah
Cara masak aku letak air, cincang bawang putih sampai sehalus mungkin, hiris halia dan masukkan 1 sudu beras hancur
Beras hancur ni memang aku dah siap buat sebelum ni
Mula2 cuci beras sampai bersih, lepas tu toskan sampai kering
Lepas tu goreng tanpa minyak beras tu sampai rasa kering betul2
Lepas tu blend sampai hancur guna pengisar kering
Then boleh la simpan dalam bekas kedap udara
Beras hancur ni kira menggantikan cerelac atau nestum la senang kata
Bila nak masak bubur  just tambah air je dan apa2 bahan lain. Tekstur dia memang dah sedia halus
Alhamdulillah Sumayyah makan lebih dari 10 sudu

Ada masa dia main ada masa dia merengek
Tapi yang banyaknya dia mengempeng dengan nenen la
Beberapa jam selepas makan sup bawang putih Sumayyah kerap kentut beserta berak
Tapi najisnya cair la, kira macam cirit kot tapi takde la cair sangat
Setiap kali berak mesti disertai dengan kentut
Dan kentut dia sangat kuat
Kentut pulak tak semestinya berak..haha
Setiap masa dia akan kentut
Kan bawang putih tu juga fungsinya membuang angin
Tu yang kentut kemain bermaharajalela..hahaha

Aku pun bila Sumayyah demam ni, meratah bawang putih dan haliaje la
Masak pun lauk singgang dan tauchu, letak bawang putih seketul tu banyak2
Masa makan nasi tu kunyah la bawang putih dan halia
Sebab tu la agaknya Sumayyah kerjanya kentut sesaja

Malam tu dalam pukul 10 macam tu cek suhu 39.1
Alamakkk tinggi suhu ni
Masa ni dia tengah tidor
Jadi aku ambil kain dan basahkan lepas tu balut dari bawah ketiak sampai ke perut
Memang dia menangis sebab tak selesa kan kain sejuk tu
Tapi lepas pujuk2 bagi susu elok dia tidur balik dengan tenang
Semalam aku hanya jerlum kepala je, badan pulak hanya lap2 dengan kain basah dan kaki pakai stokin basah
Tapi hari ni sebab suhu dia naik tinggi tiba2 aku guna kaedah balut badan dia

Bila balut badan rupanya dia lagi nyenyak tidur
Kalau tak kejap2 berpusing kejap2 berkalih
Sampai aku langsung tak boleh nak bangun pegi mana2
Tapi lepas balut badan dia ternganga dia tidur
Malam tu jugak aku dapat tidur dengan selesa sebab boleh berpusing badan
Suhu pulak selepas dibalut badan tu turun la 38.5
Kepala pulak asal nampak nak kering je aku jerlum lagi dengan air asam jawa
Sampai la ke Subuh aku buat
Tidur pun macam tak tidur je
Nas pun kejap2 teman kejap2 tanya
Aku malas nak kaco sangat sebab esok dia nak keje
Tapi dia pun risau anak demam tu yang sama2 berjaga

Hari ketiga

Pagi ni suhu maintain 38-38.5
Masih lagi mandi air lemon
Sapukan minyak bawang putih
Disuapkan sup bawang putih
Pakaikan wet socks
Balutkan badan dengan kain basah
Dan jerlum kepala
Aku tetapkan makan bawang putih dan halia untuk hasilkan susu badan yang boleh bagi antibodi yang kuat pada Sumayyah...Insha Allah

Waktu siang jarang2 sangat suhunya tinggi
Ada ketika suhunya 36.8 - 37.5
Macam bukan badan orang demam pun ada
Tapi bila malam mula panas tu kuat sikit
Malam ke3 masih lagi berbalut badannya dengan tuala basah, kepala dan belakang badan aku letak cool fever
Menyusu pun sama bagi sekerap yang boleh
Berak pun kerap juga, lebih 5 kali sehari dia berak
Muntah dah takde pada hari ke3 ni
Pukul 4 pagi tu badan dia macam dah ok, pegang tak rasa panas macam demam
Lega sikit dah masa ni, doa sangat itu petanda demamnya dah mula pulih
Masih lagi tetap balut badan dia dengan kain basah sampai pagi

Hari keempat

Bangun pagi nampak ceria sangat mukanya
Cek suhu Alhamdulillah 36.7 suhu normal la tu
Nas pun pergi kerja pagi tu nampak seronok sikit sebab makwe dia dah mula nampak tanda2 dah sihat
Mandi pagi tu pukul 9 pagi, kemain galak dia dalam bath tub tu
Lepas mandi dia aktif main takde panas dah badannya sampai la ke malam
Hidung dia pun dah elok kering
Nasib baik dia tak kene selesema sekali
Aku tak kata dia kene selesema sebab air yang keluar dari hidung dia cair je dan berwarna jernih
Takdak warna kuning ka hijau ka pekat ka
Jadi aku rasa dia hanya demam dan mungkin hidungnya sekadar berair

Alhamdulillah Allah makbulkan doa2 kami, Sumayyah sihat sepenuhnya pada hari keempat tu
Malam tu pun aku dapat tidur dengan lenanya
Bukan aku je, Nas pun sama
Sampai dia kata rasa macam letih je, jenuh die pikir pasai apa
Aku kata tak cukup tidur la tu, tu badan letih
Baru dia teringat...haha

Alhamdulillah, sakit itu fitrah dan penyembuhan juga hanya dari Allah S.W.T
Kita hanya mampu berikhtiar selagi daya
Aku sedaya upaya usaha cara semulajadi
Kalau nampak keadaan makin teruk boleh lah pergi ke hospital untuk rawatan susulan
Takut2 ada penyakit lain yang kita tak ketahui asbab dari demam tersebut
Yang pastinya nak usaha apa2 perlu dengan ilmu
Bukan ikut ikutan atau paksaan atau sekadar dan cuba2
Mesti beramal dengan ilmu
Barulah tak sesat jalan kata orang

Tapi memang sungguh la
Nak amalkan rawatan semulajadi ni memang perlukan kesabaran yang tingg
Kalau jenis cepat kalut, risau tak tentu hala, cuak tak kene tempat susah la sikit nak buat rawatan macam ni
Nak2 yang jenis nak cepat sembuh
Kalau boleh nak sihat dan2 tu jugak
Jenis macam ni tak digalakkan buat rawatan semulajadi macam ni
Sebab takut nanti dia persalahkan atau perlekehkan rawatan ni pulak sebab anak dia lambat sembuh
Lebih baik jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya


selepas sembuh dari demam


Nanti kita jumpa lagi di lain posting ya :)

Wassalam