About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, August 11, 2017

Rawak 1

Assalamualaikum

Salam Jumaat :)

Lama betul tak menjenguk blog sendiri
Perasaan nak menaip tu ada, tapi kerajinan pulak tak kunjung tiba....huhu
Bila rajin dah mari, masa pulak tak kena
Ok tak pe, kita teruskan aje bebelan hari ni ya

Minggu ni genap 35 minggu, ada lagi 5 minggu untuk menunggu kelahiran khalifah yang ketiga
Masih lagi belum diketahui jantinanya
Check up di KK bila tiba masa scan tak pernah nampak apa jantinanya
Dikepit dan menyepak aja kakinya tu tak bagi doktor godek-godek dia
Takpe la anak, nak bagi suprise la tu kan kat mama dan abah dia

Cadangnya kali ni mahu bersalin di Hospital Manjung seperti abang dan kakak dia sebelum ni
Senang sebab rekod dah ada, lebih selesa, dekat dengan rumah dan banyak urusan lebih mudah
Cumanya plan nak balik berpantang tu lewat sikit dari sebelum ni
Biasa tu bila genap 36 minggu (9 bulan) dah bertolak balik Manjung dah
Ni cadang nak balik masa Raya Haji teruslah stay rumah abah sampai la bersalin
Rasanya masa raya tu pun dalam 37 - 38 minggu macam tu

Ni pun lepas buat kira-kira tengok trend abang dan kakak dia bersalin hari tu
Alauddin bersalin masa lagi sehari nak genap 39 minggu
Sumayyah pulak bersalin genap 39 minggu
Jadi kira sedang elok la dalam minggu 37-38 tu balik, takde la lama beno nak tunggu masa tu kan

Alauddin dah sekolah memang memikirkan dia je la
Kami plan nak tinggalkan dia dengan abahnya
Abahnya akan uruskan dia, aku balik dengan Sumayyah je ke Manjung
Weekend depa balik la Manjung
Kalau boleh nak elak la Alauddin cuti sekolah banyak sangat, rasa rak best pulak
Tapi kena tengok juga la keadaan Alauddin tu macam mana
Kalau asyik sebut mama je, risau kot demam rindu ke, mungkin terpaksa dicutikan sekejap

Aku pun cadang nak pantang kat rumah sendiri je
Kira dalam seminggu selepas bersalin boleh la balik ke rumah sendiri
Senang sikit nak jaga anak2 kat rumah sendiri sebab depa mesti la lagi pandai bawak diri kat rumah sendiri kan
Bab lain takde masalah sebab abah depa boleh uruskan
Pantang rumah abah pun banyak abah depa yang uruskan pun sebab abah depa rajin ambil cuti masa aku berpantang
Dah anak 3 inshaaAllah dah boleh hadam dan faham rutin berpantang macam mana

Persediaan berpantang Alhamdulillah banyak dah tersedia
Anak dah nak masuk 3 lebih banyak fikir pasal diri sendiri dari baby sebab diri sendiri makin berusia
Jadi kena lebih dijaga bab berpantangnya
Set berpantang masih kekal guna Nona Roguy, sebab serasi dengan badan dan mudah
Beli barang sampai cukup untuk 100 hari punya penggunaan
Aku pun cakap terus terang je kat abah depa nak beli lebih sikit sebab nak terus siap 100 hari dan maintain hari seterusnya, sebab usia makin meningkat, tenaga perlu sentiasa dikembalikan

Bab baby pulak biasa2 aje
Pakaian baby hanya beli beberapa pasang yang warna unisex
Bedung, barut, napkin, dan barang2 lain semua guna yang abang dan kakak dia punya, masih elok cantik lagi
Nanti dalam pantang mana tahu ada rezeki orang bagi hamper kan dapatlah pakaian lagi
Masa abang dan kakak dia macam tu la, murah betul rezeki dari staf pejabat abah dia bagi set pakaian, Alhamdulillah
Banrang mandian pun beli sebab memang tak guna sejak Sumayyah baby, biar dia kekal bau baby sampai la 2 tahun
Dah 2 tahun baru kasi guna yang alami macam limau purut atau air lemon untuk wangian tubuh badan
Cuma nak tambah kain batik beberapa helai je ni sebab yang lama ada dah koyak dan digunakan untuk basahan di rumah

Bulan 9 nanti Alauddin ada rombongan ke Taman Botani dan Kilang Coklat Beryls kat KL
Abah dia semangat nak kasi dia ikut sebab tak pergi rombongan kan
Tapi aku ni masa tu tengah baru berpantang, risaunya lahai hati tu...haha mak2 macam tu la
Tadi borak dengan cikgu kelas dia, tanya ramai ke cikgu yang ikut
Cikgu Ita kata ramai, biasa kalau cikgu takde hal semua cikgu pergi sekali dengan pembantu
Sebab depa kata kami ikut nisbah seorang guru 3-4 murid di jaga
Murid yang dibawa 40 orang, kira 10 orang cikgu dah tentu la pergi kan
Lepas tu pula cikgu Ita bagitahu tahun ni depa pilih tempat yang kecik kawasannya supaya mudah urusan untuk kawal anak2 murid
Sebelum ni mereka buat rombongan ke klcc, aquaria dan zoo negara tapi agak mencabar juga la nak kawal budak2
Kali ni bawak ke Taman Botani dan kilang jadi kawasannya terhad la kalau budak2 ni nak pergi jauh pun kan
Jiran rumah lama kata takpe, bagi je anak pergi untuk seronok sebab cikgu2 ni memang jaga elok
Jiran ni cerita sebab anak dia sebelum ni ikut dan semua cikgu pun pergi untuk jaga budak2
Dan kali ni anak ke2 dia sekelas dengan Alauddin, dia bagi pergi juga untuk rasa seronok

Abah dia tadi dah suruh bagi duit dah kat cikgu, tapi aku yang ragu2
Ni harap Isnin nanti ada la kekosongan untuk Alauddin pergi
Abah dia pulak yang beria seronok ni....huhu

Ok la panjang dah taip ni
Lapar pulak perut ni...makan dulu la...haha
Nanti borak lagi ok

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment