About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, September 8, 2017

Kisah Sebelum Bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Syukur segala urusan dipermudahkan Allah S.W.T.
Mak esah sudah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami pada hari raya qurban baru ni

Punya la pantas kejadian tersebut berlaku
Tapi yang best ianya berlaku pada waktu yang amat cantik sekali
Hebatkan aturan Allah S.W.T untuk hambaNya

Cerita dia kan macam ni
Kami ni punya la berkira-kira nak balik ke Manjung pada minggu ke berapa sebenarnya
Bukanlah kami, suami mak esah ni ha
Dia tu kalau buat kalut memang parah la
Mak esah ni punya la bertenang sebab rasa macam sempat la balik Manjung nak bersalin tu
Maklumlah plan berjalan ke sana ke sini masih panjang listnya..haha
Tengah hujung2 ni la baru nak mari plan itu ini pun

Antara yang dirancang adalah nak tengok game sukan sea, nak layan circus dan nak tengok bunga api sempena merdeka
Suami mak esah ni risau kot baby keluar sebelum merdeka tu ha
Mak esah kata Inshaa Allah sempatnya kita nak tengok bunga api tu

Sabtu 26.8 kami ke Stadium Bukit Jalil, saja layan game hoki, Malaysia lawan Singapura
Ye la laki mak esah layan hoki kan, tengok hoki la kita
Tapi elok la pun sebab stadium hoki takde la sesak padat macam stadium bola tu ha
Kami park kat IOI Puchong dan naik MRT terus ke Bukit Jalil
Tengah hari tu singgah rumah mama jap nak bagi barang
Sekali mama pun nak pegi juga, jadi kami 4 beranak dengan mama dan nayli ke stadium sekali

Bawak stroller siap, sebab nak jalan2 kat luar stadium tu, mesti ada banyak booth jualan kat luar tu dan mudah kot Sumayyah nak tidur malam nanti

Game tu start pukul 8 malam
Kami gerak dari Puchong jam 5.30
Sedang elok je sampai sana jam 6.30 macam tu
Masuk percuma tau...tu yang best tu
Memang lain feel bila tengok game depan mata dengan dalam tv
Sebab sorakan tu dalam stadium je la bergema kuat kan
Tapi kalau nak puas tengok game, tengok tv la lagi best
Orang kata nak merasa tengok sukan antarabangsa kan
Game 1 jam ja, cot cet cot cet dekat pukul 11 jugaklah kami sampai kat kereta masing2 dan bergerak pulang ke rumah
Sampai rumah dalam 1.30 pagi macam tu

Selasa 29.8 kami tengok sarkas pula kat Puncak Alam
Yang ni pejabat suami mak esah dapat tiket vip, tu yang mari tengok
Kalau berbayo memang tak tengok la...haha
Mulanya jam 8.30 malam tapi sebabkan hujan waktu dianjakkan pada jam 9 malam
Ye la nak tunggu penonton penuh kan
Sarkasnya boleh tahan lama juga, dalam 1 jam setengah
Baca kat tiket deme nk dari London Circus macam tu
Entah la, mak esah pun tak tahu pasal sarkas ni..haha
Boleh la layan tengok sarkas, ada yang wow ada yang biasa2 je
Bab haiwan agak biasa je sebab guna burung, anjing dan kucing je, so hanya aksi comel2 je la ditayangnya
Tapi anak2 suka la dapat tengok aksi macam2 kan, ada kartun mickey dan minnie, ada aksi stunt, ada badut, yang takde silap mata ja
Mak esah tunggu gak rupanya memang takde...huhu

Rabu 30.8 kami ke Padang Merdeka, Shah Alam untuk tengok ambang merdeka
Dari rumah gerak pukul 5.30 petang
Mama dan nayli pun datang sekali, jadi kami set kat Shah Alam pukul 6.30 petang
Park kat Masjid Shah Alam

Disebabkan ambang merdeka mula pukul 12 tengah malam, kami bawak bekal siap dari rumah
Aku siap masakkan nasi goreng
Suami mak esah pulak ada orang datang jual jagung kat ofis dia, dibelinya 8 ketul, beso2 jagungnya
5 tongkol buat bakar, 3 tongkol kukus je
Malam tadi pula suami mak esah buat air kopi dan teh letak dalam botol mineral kecil2 simpan dalam freezer
Pagi nak pergi tu mak esah tukarkan botol2 tu ke bahagian chiller untuk cairkan dia perlahan-lahan
Petang tu kami letak botol2 tu dalam ice box, sedang elok je sampai kat sana dah cair tapi still sejuk lagi

Selesai solat maghrib kat masjid, kami pun menapak ke tengah padang, cari port untuk lepak
Tahun lepas suami mak esah jadi ketua perbarisan dan Alhamdulillah dapat juara perbarisan peringkat pejabat daerah
Tahun ni suami mak esah tak masuk sebab bini dia nak bersalin...hahaha
Dia risau mak esah bersalin awal dari date merdeka so dia tolak siap-siap
Tahun depan tak pasti lagi..haha

Perarakan mula jam 10 malam lepas ketibaan MB Selangor
Mama, nayli, suami dan anak2 pergi tengok perarakan, mak esah duduk je kat padag tu ha tengok kat skrin beso je udah la
Masa ni perut memang kerap sangat mengeras dan ada rasa sengal-sengal sikit
Tapi hati tu kuat kata belum masa lagi ni...hihi

Sampai kemuncak jam 12 tu, berdentum dentam la bunga apinya
Sumayyah senyap je tengok, Alauddin pun sama
Kali ni bunga apinya agak lama dari tahun sebelum
Selesai la sudah 3 plan besar yang nak pergi sebelum fikir hal beranak
Lega banyak suami mak esah...kahkahkah

Khamis 31.8 tu siangnya hanya sesi kemas rumah dan kemas pakaiam nak bawak balik ke Manjung
Masa ni kat FB kemain ramai la orang updated pasal sesak teruk nak balik kampung kan
Ada yang tersangkut sampai 6 7 jam, nak balik dari KL ke Perak je pun..huhu

Kami gerak pada jam 4 pagi, kira hari Jumaat dah la kan
Memang lapang la jalan rayanya, takde kereta pun..haha
Sampai Manjung jam 7.30 pagi
Suami rehat2 jap terus siap mandi pergi solat raya

Juadah pagi raya simple je
Lemang biasa dan lemang jagung, rendang ayam dan rendang daging
Pagi tu takde ke mana pun, cuma abah dan adik2 ke kampung abah di bekor
Mak dan kami hanya berehat di rumah je
Nak tengok qurban, masjid situ buat hari sabtu
Jadi plan mak esah nak suruh suami bawak Alauddin tengok qurban la
Dia tak pernah tengok kan, bagi rasa la pengalaman tu

Ok la mak esah stop kat sini dulu la ye
Nanti kita sambung kisah bersalinkan si kecik ni pula
Baby hari raya qurban la katakan...hihihi

Assalamualaikum