About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, October 8, 2017

Kisah Kelahiran Nasrin Safiyyah

Assalamualaikum

Mak esah nak story pasal detik kelahiran anak ketiga baru2 ni
Abang dan kakak dia ada kisah dalam blog ni kan, adik pun mestilah ada juga

Raya Haji kan hari Jumaat
Kami sampai ke Manjung pagi Jumaat tu
Selesai solat raya, kami hanya lepak di rumah je la
Mak esah punya selera makan kepala lemang yang penuh lemak tu
Biasa memang kepala lemang tu abah akan simpan untuk mak esah sebab dia tau mak esah suka sangat
Memang banyak sungguh la mak esah bedal pun

Kononnya petang tu nak berjalan la ke Aeon ke apa kan
Tapi rasa penat pula pasal gerak balik ke Manjung jam 4 pagi kan, udah tertidur lepas zohor tu
Pukul 5 petang macam tu baru terjaga, rasa macam malas pulak nak keluarnya
So kami plan sabtu esok tu nak ke Kuala Kangsar lepas tu balik ikut Taiping
Saja la nak mencari durian dan cempedak

Malam nak tidur tu rasa dah perut macam mengeras dan ada rasa sakit manja-manja
Dah la malam tu pulak mak esah mula cirit birit
Kerap betul mengulang ke tandasnya

Mak esah tanya suami dia ada sakit perut tak
Dia kata takde pun
Hadoiii apsal pulak perut mak esah ni kan
Banyak makan lemang agaknya ni

Tengah malam sampai la ke pagi masih lagi mengulang ke bilik air
Takde la teruk sangat, makan minum masih boleh macam biasa
Serupa la juga dengan perut ni, dari tengah malam bawa ke pagi mengeras bersama rasa sengal dan senak tapi tak kuat mana pun
Keras kejap lepas tu hilang
Bila ada rasa senak tu mak esah terjaga
Ubah posisi tidur atau usap perlahan-lahan perut tu hilang la sakitnya
Sambung balik tidur sampai la ke pagi

Pagi tu kan cadang nak ke Kuala Kangsar kan
Tengah mandi tu rasa nak berak lagi
Lepas tu rasa perut mengeras je
Ada juga terfikir aku ni nak beranak ke nak berak...haha
Kang beria mencangkung terberanak pulak dah

Alauddin dan Sumayyah abah deme dah siapkan deme awal-awal
Udah mandi dan pakaikan baju kata nak berjalan kan
Mak esah dan suami pun dah siap mandi semua la
Cuma memikirkan perut ni kenapa pelik bebeno pagi ni

Masa ni pukul 9 pagi macam tu
Mak esah kabo kat suami pi la sarapan dulu, mak masak mihun pagi ni
Dia kata takpe la makan sekali la, dia pun rasa lain macam je tengokkan mak esah tu
Tak lama tu rasa kuat sikit sakitnya
Mak esah cakap kat suami kita rileks kejap la, sebab rasa lain macam je
Dia tanya rasa nak bersalin dah ke
Mak esah kata rasa macam ye
Dia tanya lagi, darah ade ke? air ketuban dah pecah ke? Kena pecah dulu kan baru nak bersalin?

Hihihi dia teringat kes 2 anak sebelum ni la tu
Mak esah kabo tak semestinya keluar darah atau pecah ketuban baru nak bersalin
Ada ketuban pecah masa baby keluar
Mana la tahu yang ke3 ni Allah nak kasi pengalaman baru kan bersalin tanpa rasa tanda darah atau pecah ketuban

Melalui bacaan mak esah dalam group gentle birth dan vbac, kehadiran kontraksi ni petanda jelas yang baby dah on the way untuk keluar
Kalau turun tanda ni tak semua keadaan akan bersalin pada hari yang sama
Ada yang turun darah berhari hari atau berminggu baru bersalin
Ada yang pecah air ketuban tapi sakit kontraksi takde pun sampai la berhari hari baru bersalin
Jadi apa-apa pun kena pandai guna rasa hati atau instinct yang Allah dah bagi pada setiap ibu yang mengandung

Jadi mak esah pun layanlah sakit kontraksi tu yang semakin lama semakin kuat
Kali ni balik Manjung tak bawak gymball pula jadinya kena cari posisi yang selesa untuk layan sakit
Mak esah duduk atas katil, layan kejap oh tak boleh duduk la kena berdiri atau berjalan
Kejap2 kang mak esah sway ke kiri dan ke kanan

Bila sakit datang mak esah sandar kat dinding bilik
Hilang sakit jalan-jalan kejap
Bila makin kuat mak esah ubah ke posisi all four atau merangkak tu
Haaa ni ok, sedap rasa, boleh layan sakit dengan tenang

Ada masa duduk antara 2 sujud tapi peha dibuka ikut keselesaan
Layan la sakit tu sampai pukul 10.30 pagi
Masa ni rasa kuat betul sakit tu
Suami dah mula bawa beg hospital masuk kereta
Kemaskan bilik apa yang patut
Dia pun dah cakap kat mak yang mak esah dah sakit kuat ni, ke hospital la kejap lagi
Tanjat mak dengar sebab mak esah dalam bilik je, tak keluar pun, tu yang tetiba kata dah sakit kuat...haha

Mak esah memang taknak ke hospital awal2
Kalau boleh nak pegi bila tiba masa bersalin je
Takde la lama beno nak layan sakit kat hospital tu kan
Tu yang betul2 guna gerak hati bila masa yang sesuai nak pergi
Kang kalau pegi awal, rasa sakit pulak biasa2 je, kena tahan wad dah 1 hal
Kat wad ni bukan boleh free style kalau nak layan sakit tu
Kang ada nurse pelik ke bising ke tengok kita buat free style
Baik la mak esah rileks2 je kat rumah layan sakit tu kan

10.45 pagi tu suami kata eh jom la kita pi hospital, tengok macam kuat sangat dah sakit tu
Masa ni mak esah hanya berdiri sandar kat dinding bilik je
Kurang dah berjalan dan jalan pun perlahan je
Mak esah pun ikut la kata suami
Keluar bilik tu mak esah jumpa mak kejap, lepas tu cium Alauddin dan Sumayyah, sedih pula nak tinggal anak2 kejap..haha
Padahal depa tengah sakan main dengan mak pak sedaranya

Masa nak masuk kereta tu, boleh pula ada rasa macam nak meneran
Ambil nafas kejap, kawal rasa sakit
Ok masuk kereta, suami kata nak bawa biasa ke laju
Mak esah kata bawa dengan tenang, takmau laju2
Bila lalu kat bonggol, mula la rasa nak meneran..haha
So suruh dia slow ja lalu bonggol

Ok terus park kat dewan bersalin
Masa turun dari kereta dah mula susah nak berjalan
Suami minta kerusi roda kat pengawal depan tu
Masuk dalam dah ada 4 orang doktor muda kat kaunter, 2 doktor lelaki 2 doktor wanita

Doktor lelaki tanya kenapa puan
Masa ni suara mak esah perlahan je..romantik sangat..haha
Mak esah cakap sakit nak beranak doktor
Doktor tanya ada keluar tanda air atau darah tak
Mak esah kata takde keluar tanda apa2, just rasa sakit je
Terus dia minta nurse tolak ke labor room
Suami dia suruh pi daftar dulu

Masuk labor room, dah standby 6 orang nurse, 4 nurse india, 2 nurse melayu
Datang sorang nurse melayu yang dah berumur, kasi baju pink minta tukar baju
Mak esah sempat tanya nurse, doktor perempuan ada ke, saya nak doktor perempuan je. Kalau takde doktor perempuan, nurse je pun boleh
Sorang nurse india jerit ke arah luar, doktor wanita sahaja boleh masuk, doktor lelaki dilarang masuk ya
Patient request doktor wanita sahaja
Kebetulan seorang doktor lelaki baru nak lalu depan bilik tu, berlari doktor tu patah balik...huhu

Mak esah masa ni cakap kat nurse tu saya rasa macam nak teran la
Haaaa kemain laju nurse ni salinkan baju mak esah
Lepas tu terus baring atas katil tu
Mak esah diam je situ semua nurse buatkan
Sempat jeling jam dinding masa ni pukul 11 pagi
Masa ni nurse india datang, buat VE dia kata ada meconium, dia bagitahu baby sudah berak adik
Sekarang adik sudah 10cm buka, kalau ada rasa mau teran, teran saja, jangan tahan2 ya
Kepala baby akak sudah nampak

Masa ni mak esah cakap haaa? Dah 10cm ka misi?
Nurse ramai2 kata ya adik, sudah full buka, kepala pun sudah mau keluar. Nasib baik sampai ngam2, kalau tak dalam kereta la bersalin

Nurse semua gelak2 muka manis takda yang garang ka marah2 ka
Mak esah minta nak posisi bersandar
Nurse letakkan bantal kat belakang dan tinggikan sikit katil tu
Selesa sungguh masa posisi ni
Surge pun datang, mak esah taknak hilang fokus, kawal pernafasan
Rasa ada sesuatu bergerak ke depan dan rasa panas di "pintu keluar", mungkin itu yang orang panggil "ring of fire"
Saat kepala bayi melalui untuk melepasi pintu keluar

Nurse india kata adik pandai teran ya, sekali teran baby keluar, muka pun takda stress, bagus adik, maintain macam tu ya adik
Wahh kemain semangat mak esah dengar nurse bagi kata positif macam tu kan
Surge datang lagi
Nurse kata dahi sudah keluar, ok hidung pun keluar, ok adik kepala full sudah keluar
Sekarang adik bahu pula mahu keluar ya, keluar bahu terus 1 badan boleh keluar ya adik
Ok surge datang balik, tarik nafas layan sakit, meluncur baby keluar lepas tu
Sekali dengan air ketuban dia pecah masa ni
Nurse kata laju meluncur baby keluar sebab sarung ketuban keluar sekali, so licin la gitu

Mak esah tengok jam dinding, eh pukul 11.17
Tadi masuk pukul 11, bersalin pukul 11.17
Alhamdulillah super pantas betul anak ketiga ni

Syukur sangat dipermudahkan sehingga begini oleh Allah Taala
Sakit yang tak lama, pukul 9-11 macam tu, dalam 2 jam je sakit
Dan sakit pula bearable, tak terlalu sakit, ada masa boleh gelak2 dengan suami dan boleh layan anak2 dalam bilik
Dipermudahkam urusan ke hospital
Diberi gerak hati yang tepat oleh Allah untuk ke hospital
Dipermudahkan urusan dalam labor room, apa yang mak esah doakan dimakbulkan, mahu doktor wanita atau bidan sahaja, mahu posisi pro graviti - mak esah pilih duduk bersandar, tak mahu baring terlentang dan tak mahu digunting
Alhamdulilah

Kali ni hanya 1st degree tear, tiada koyakan dalaman, hanya ada kulit pecah sedikit kat bahagian luar
Nurse jahit sikit dalam 2cm je
Dan kesan jahitan tu tak ganggu pergerakan pun sebab terlalu kecil dan kawasan luaran sahaja
Alhamdulillah memang mudah pergerakan selepas bersalin, takde rasa sakit bila berjalan

Selesai semua, suami pun masuk
Muka dia memang terkejut sangat
Ehhh betul ke dah siap mama? Cepat betul. Abang lepas daftar tadi datang sini balik, misi kata isteri dah selamat bersalin ye, sekarang baru lepas jahit
Eh bersalin lagi cepat dari daftar, buat lawak pulak suami kita kan

Tu la dia kelakarnya suami mak esah kan
Punya la dia macam tak percaya
Masa Sumayyah dia ingat habis cepat dah
Rupanya yang ketiga ni lagi cepat...haha
Alhamdulillah doa dari dia juga tu

Mak esah tanya nurse india, ramai nurse dalam labor room tadi
Akak tu cakap aah adik, awak saja bersalin pagi ni, orang lain sudah selesai masuk wad
Ohhh ye ke...patut la ramai nurse tadi
Nurse india tu cakap lagi, terima kasih adik, awak kasi mudah kerja misi2 semua, pandai teran baby, jahit pun sikit saja, adik pun ikut saja cakap kami, takde banyak songeh ka cakap kasar2 ka, suka sembang2, baik saja adik

Ya Allah terharu betul nurse cakap macam tu kat pesakit kan
Patut kita yang ucap terima kasih kat dia sebab tolong sambut baby dan mudahkan urusan beranak kita
Cuci segala hal kita, layan baik2 semua kan
Mak esah kata eh misi la baik2 semua, saya yang patut cakap terima kasih, layanan semua baik, saya takde rasa tak best pun, semua best

Misi india tu cakap lagi, nanti adik ceritalah pada kawan2 ya, misi hospital sini layan adik baik, bukan apa adik, sekarang banyak sangat orang luar kutuk hina kami misi2 ni. 1 2 kes habis semua misi kena kutuk. Padahal kami layan baik2 sahaja

Allah sedih kan dengar luahan hati misi2 ni
Mak esah kata saya kalau cerita pasal misi hospital manjung takde yang tak baik sebab saya tak pernah dilayan kasar, semua misi layan saya baik ja
3 kali saya bersalin sini semua saya dapat layanan baik2 sahaja
Terima kasih adik...kata misi india tu
Kemain seronok misi2 ni dengar mak esah cakap macam tu

Tak lama lepas tu misi bawa masuk baby
Alhamdulillah baby tak sempat makan najis sendiri
Doktor kata semua ok pada baby, so ibu jangan risau
Depa tinggalkan mak esah dan baby untuk skin to skin dan menyusu, hampir 1 jam juga la sesi tu

Masa ditolak masuk wad mak esah tengok jam dekat pukul 1
Suami pun balik rumah nak bawak Alauddin dan Sumayyah tengok adik depa
Alauddin dah makin cerdik, nampak la teruja dia tu
Masa Sumayyah dulu dia banyak buat tak kisah, tengok gitu2 je
Sumayyah pulak takde perasaan pun...haha
Dia nampak mama terus minta nak susu..hadoiii

Oh ya, Sumayyah masih lagi menyusu badan
Pagi tadi sebelum rasa sakit datang sempat la mak esah susukan dia kejap
Lepas bersalin ni lagi la seronok dia kan sebab susu dah kembali normal
Ye la masa mengandungkan susu kurang dan agak cair lepas tu rasanya sedikit masin
Ni dah bersalin dah mula banyak dan pekat dari biasa
Alhamdulillah rezeki Sumayyah la tu dan sambil2 tu boleh la bantu stimulate penghasilan susu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Lega sangat dah selesai semua dalam waktu yang dirancang
Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T juga kan

Suami mak esah berdoa selalu supaya mak esah tak pantang lama2 kat Manjung
Dia sendiri yang resah gelisah nak kena tinggal sorang kat rumah
Mak esah pun kesian tengok gaya dia tu
Lagi 1 mikir dia nak mengulang selalu ke Manjung tu 

Dah la jambatan teluk intan tu tengah repair sampai hujung tahun, jenuh dia nak balik guna jalan lama pulak kan
Lega juga sebab Alauddin tak perlu ponteng sekolah banyak hari
Dan mak esah juga tak perlu nak pisah jauh dengan dia
Cadangnya nak Alauddin balik dengan abah dia sebab sekolah kan
Weekend balik la jumpa mama kat manjung
Tapi hati ni tak tenang je fikir anak takde depan mata kan

Tapi Allah dah aturkan cantik untuk kami sekeluarga, Alhamdulillah
Sabtu mak esah bersalin
Automatik suami dapat cuti seminggu, orang  koje gomen kan
Jadinya kami plan nak balik Kuala Selangor hari Khamis tengah hari

Selesai la kisah kelahiran anak ketiga mak esah
Inshaa Allah kalau panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik, tahun 2019 kita plan tambah anak lagi
Beranak tahun 2020, dapatlah anak wawasan 2020....haha...inshaa Allah

Mak esah belanja gambo sekeping ye
NASRIN SAFIYYAH BINTI NASRUL FAIZ